Author: Cahaya Kelebihan/ Keutamaan
•5:55 PM
Dengan nama ALLAH yg maha pemurah lg maha penyayang....

Adakah menarinya pena ini bisa menyedarkan atau tidak...?? Jauh disudut hati....xpernah terlintas untuk menyakitkan hati sesiapa, jauh sekali untuk menampakkan keburukan sesiapa.. tetapi ini sahaja yg dapat ku titipkan buat sahabat2 ku di sana....
Menyampaikan adalah satu kemestian....mahu x mahu kena sampaikan...tp pintu hidayah bukan ditanganku.. siapa aku??? aku hanya manusia biasa yg x lari dr membuat kesilapan... semua terpulang pada ALLAH...untuk memberikan petunjuk dan hidayah...semoga pintu taubat belum tertutup...

Bolehkah kita membenci seseorg diatas perbuatan maksiat yg dia lakukan??? Jawapannya: Tidak... kenapa kita xbole membenci org itu???? Kita tidak boleh membenci org yang melakukannya tetapi kita kena benci perkara dan perbuatan maksiat yg dilakukan...Check balik.... kita xbole benci org... tp benci perbuatan yg dilakukan...kenapa??? Sebab kita xtahu penghujung nanti kita nie org yg bagaimana...takut2 nanti kita juga akan melakukan perbuatan tersebut juga..

Jadi kita harus hati2 di atas setiap tutur kata kita...bila kita lihat perbuatan maksiat.. kita hendaklah beristighfar dan mendoakan diri kita supaya tidak terjerumus ke dalam perbuatan tersebut... itu sebab ramai antara kita pd mulanya byk mengkritik org.. tetapi selepas itu dia turut terlibat sama....nau'zubillah...ini kerana dia tidak menyediakan benteng pertahanan yg kukuh...

Pernah x sahabat2 mendengar kisah dimana....iblis adalah ketua malaikat sblm ALLAH menciptakan nabi Adam...dia adalah makhluk yg paling taat dan kuat beribadat kepada ALLAH... seluruh malaikat sentiasa meminta supaya iblis mendoakan mereka supaya taat dan patuh pada perintah ALLAH...tp tanpa disedari oleh iblis...dlm tempoh tersebut...dia lupa untuk mendoakan dirinya sendiri supaya taat dan patuh pd perintah ALLAH..sehingga akhirnya dia menjadi sombong dan sanggup melanggar perintah ALLAH apabila disuruh tunduk kepada Nabi Adam alaihissalam...tetapi dia menolak kerana merasakan dirinya lebih hebat..

tp..ingatlah sahabatku...allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia mengubah nasibnya sendiri...berhijrahlah sahabat..kepada yg lebih baik...selagi masih berkesempatan...

Author: Cahaya Kelebihan/ Keutamaan
•8:19 PM


Kenapa remaja perempuan zaman ini mudah diperkotak-katikkan maruahnya???..adakah kerana salah ibubapa?? guru atau pensyarah atau hawa nafsu...sedihnya kita melihat didada2 akhbar semuanya memaparkan gelagat2 remaja yg mudah sgt mengikut lelaki lain yg baru shj dikenali...shgga sanggup membelakangkan keluarga, adakah didikan kurangnya ibubapa dan guru yg kurang menjadikan ia begitu...yg ketandusan ilmu dan kefahaman...ketakutan menyelubungi diri tatkala melihat kes2 wanita dianiaya, remaja perempuan yg terlampau bebas, budak2 hilang....sungguh kejam umat akhir zaman ini....hingga wujud sifat yang tidak boleh nak dikatakan haiwan...sebab haiwan pun sayangkan anaknya....

Sejarah berulang kembali....lihat perbezaan antara zaman jahiliyyah dengan zaman kini...masihkah ada perbezaan???...yg pasti tidak ada bezanya..Kita maju dgn teknologi dan bangunan pencakar langit tp masalah penzinaan dan sumbg mahram dan masalah akhlak yg meruncing semakin berleluasa...bukahkan itu punca dan penyebab...sesuatu tamadun dunia itu akan runtuh...tidakkah ada undang2 yang boleh membanteras gejala ini...
Tahukah engkau..masalah2 ini timbul dari sombongnya manusia itu...kerana sanggup mengenepikan undang2 ALLAH yang maha adil...dari mukjizat yg terakhir yang diberikan kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu Al-Quran...pernah kita membaca ayat2 yg menerangkan kepada kita hukum-hukum yg dikenakan ke atas penzina perempuan dan penzina lelaki, pencuri lelaki dan pencuri perempuan, hukum tutup aurat, hukum hudud..dan semua aspek yg merangkumi kehidupan dan susur atur hidup di atas dunia ini ada terkandung dalam kitab ALLAH...tp kita bukan sahaja tidak menjalankannnya tp sanggup mengatakan hukuman tersebut kejam....dan tidak sesuai untuk digunakan pd zaman yang serba maju...jgnlah sesekali kita berfikiran spt ini..jika kita org yg beriman...segala perintahnya kita mesti patuh dan tidak mempertikaikan setiap hukum yg ditetakpan...sebab dia pencipta kita...sudah tentulah dia tahu kelemahan kita...

pernahkah sahabat2 mengkaji apakah keistimewaan yg terkandung didlm hukum2 yg diturunkan oleh ALLAH ??? contohnya hukum bagi penzina perempuan dan penzina lelaki yg belum berkahwin..akan disebat sebanyak 100x sebatan..manakala yg dh berkahwin pula...akan direjam sampai mati....

ok..sekarang bayangkan negara kita melaksanakan hukum tersebut...apa yg berada difikiran kita....adakah perasaan takut dlm hati terhadap hukumannya ditetapkan...mustahil kita xrasa takut..bila kita rasa takut dan ngeri...adakah kita berani untuk buat perkara tersebut..tentu sekali tidak....bahkan hukuman sebatan yg dikenakan itu dapat menghilangkan penyakit aids dan penyakit2 yang merbahaya....cuba sahabat2 bezakan dgn hukuman yg dikenakan keatas salah laku zina pd masa kini....mereka hanya dikenakan kaunseling dan denda shj...bukankah hukuman seperti itu menggalakkan lagi maksiat...dan keruntuhan akhlak oleh remaja kini??? marilah kita renungkan...

Islam ialah SELAMAT...DAMAI...MAJU...TUNDUK..
Author: Cahaya Kelebihan/ Keutamaan
•10:31 PM
Isu perbincangan yang sentiasa hangat dipasaran...yg hebat yg diperkatakan lebih-lebih lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan kita...perbualannya berbunyi begini....kenapa hang xmau pakai tudung???...bukankah menutup aurat itu wajib bg org islam"...kita sebagai hamba ALLAH kene patuh dengan suruhannya dan meninggalkan larangannya....jawab temannya.... alah itu aku taulah....bukannya aku xnak pakai...tp x sampai seru lagi....nanti kalo dh sampai seru aku pakailah...tp xtahu lg bila...??? ala biarlah org nak kata apa...asal hati aku baik...
perkataan "X sampai seru lagi" membuatkan hati aku berkata2...mcm mana nak sampai seru..? xkan nak tggu guruh dari langit untuk menyedarkan kita...

oklah disini kita nak kongsi jawapan bg org yg bg alasan "x sampai seru lg"...sahabat2 sekalian boleh menjawab dengan membuat perumpamaan...contohnya...Kalo kita nak makan...Kita cari makanan ke??? atau makanan tu yg dtg sendiri kat kita????
Kalau berfikiran rasional..jawapannya mestilah kita yg cari makanan bukan makanan cari kita... bahkan tangan kita sediri yang suapkan makanan tu dalam mulut kita...mcm tulah jugak dgn persoalan diatas.....kita sepatutnya bertindak untuk berubah dgn kekuatan yg ada dalam diri kita sendiri...

Wahai sahabat sekalian...mahukah kita menjadi org bertaqwa??. taqwa dengan erti kata sebenar...maka hendaklah kita jadikan Al- Quran sebagai pegangan kita...janganlah kita banyak mempersoalkan syariat yg telah ditetapkan kerana mustahil perintah yang ALLAH tetapkan itu hanya untuk sia-sia sahaja...mesti ada sebabnya...
Author: Cahaya Kelebihan/ Keutamaan
•1:30 AM


Satu hari...kita ditegur oleh seorg manusia berbangsa cina...nak tahu dia tegur pasal ape????? ish suspen tul uncle ni...kenapa uncle??? ader yg xkena ke??? erm...ni uncle mau tanya sama amoi.... kenapa lue pakai mcm nie?? pakai?? kita x semena-mena terus pandang ke arah baju yg sedang kita pakai...baju panjang labuh...lengan panjang + track suit...biasalah...pakaian rasmi muslimat...kenapa uncle tanya baju kita???? fikirkanlah...sahabiah sekalian....org pandang pakaian yg kita pakai rupanya selama nie...ialah uncle tu pelik kenapa kita pakai baju labuh..lengan panjang, siap pakai sweater lagi mcm berada dlm zaman ais...padahal majoriti org disekeliling kita pakai sebaliknya...x ke kita jadi org terpelik di zaman cyber ini...dimana maklumat bole dicapai dihujung jari....ish mcm2.. maknanya selama ni yg org pandang kita tue sbb pemakaian kita berbeza dgn mereka....patutlah nak tegur pun takut...after all..apa pengajaran yang kisah di atas:

1) Kita adalh manusia pelik yg masih ada kesedaran mengenai syariat islam....mana yg lain???? mengapa mereka x sahut seruan kita???? kenapa kita lari dan sembunyi....??? sedarlah sahabat tugas dan perjalanan kita masih panjang selagi hayat dikandung badan....

2) Bukankah org pelik itu sgt istimewa kerana ia lain dari yang lain...tugas kita bertimbun-timbun sahabat...manakan kawan..manakan keluarga..manakan masyarakat...mana kita patut mula dulu.???......mestilah diri kita sendiri...

3) Janganlah sesekali kita rasa rendah diri...kita lain dari yang lain...manusia yg ingin elakkan diri dari berseronok2 dgn dunia...manusia yg senantiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa...manusia yg xpernah bosan dengan beban tugas dakwah...

4) Bangunlah wahai org2 pelik sekalian...bayangkan nyawa anda hanya dihujung tanduk...apa sumbangan yg telah engkau curahkan???? harta..tenaga atau masa engkau??? yakinilah sahabat-sahabat sekalian akan janji-janji ALLAH...biarlah org pndg kita pelik...tp berwaspadalah pandangan ALLAH pd kita...
the end..
Author: Cahaya Kelebihan/ Keutamaan
•4:46 PM
Siapa pernah dia pegi kedai ke....majlis ke...on any other place...org tgk dia pelik...kenapa???? kita pakai baju terkoyak ke??? muka kita kotor ke??? Tudung kita senget ke??? atau cermin mata kita bengkok???? ker...kasut berlubang??? tp bila telek2 balik xde ape pun yang pelik... kenapa org tgk aku semacam jerk??? ish222 kenapa ek???
kita ader buat salah ke??? ish pelik ni....keesokannya kita keluar lagi...kali ni pun org pandang....nak tanya segan...apalah yang xkena dengan aku nie...berserabut fikiran bila difikir-fikirkan apalah yang xkena nie...mcm dh buat satu dosa besar jer...nak nangis rasanyer dahlah tue kalo pg majlis mana2 pun mesti duk sorg2 xder sape yg berani tegur...

KENAPA EK??????? PELIK SGT KE KITA NI????
Author: Cahaya Kelebihan/ Keutamaan
•7:20 PM
"Minta Fatwa Hati" bermaksud bertanya dan mengambil ketetapan sikap dalam sesuatu perkara yang tidak tentu dan tidak terang hukumnya atau dl perkara2 syubhat iaitu yg masih ragu2 halal haramnya...Kerana hati seseorg dalam menghadapi perkara ini menurut kebiasaannya adalah merasa puas dan tenteram kiranya perkara itu baik, tiada dosa..sebaliknya ia ragu dan gelisah jika perkara ini tidak baik atau dosa atau samar2 hukumnya... "Dosa itu mengoncangkan hati"...jadi hati adalah pedoman dan pengukur bagi menentukan sesuatu perkara yang dihadapi oleh seseorg..kerana ia dapat memberi isyarat atau petunjuk yg baik dan yang tidak baik dpt ditolak sekalipun ada fatwa org lain yg bertentangan dengannya...dari Hadis Sahih

Maka...cuba..
"Letakkanlah tangan engkau ke atas hati engkau..(Bagaimanakah keadaan perasaannya)"..kerana hati akan tenang kepada perkara yg halal dan tidak senang dengan perkara yg haram... Jadi sahabat2 ku sekalian....jika hendak melakukan sesuatu atau membuat sesuatu keputusan jadikan hati sebagai panduan...jika rasakan ketenteraman dan ketenangan maka kerjakanlah...jika tidak...tidak usahlah...

Menurut Riwayat Syarah al-Arba' al-Nawawiyyah..bahawa Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anak dengan beberapa wasiat. Diantaranya ia berpesan bahawa:

1. Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu memakan buah kayu, hatiku telah bergoncang dan gelisah.

2. Jika kamu hendak melakukan sesuatu hendaklah kamu lihat kesudahannya,kerana kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahannya dan akibat makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.

3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan org2 tertentu.. kerana kalau dulu aku berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku jangan makan buah terlarang itu...
Author: Cahaya Kelebihan/ Keutamaan
•5:26 PM
Mengikut pandangan sy lah kan...kita boleh perolehi full profile mengenai tabiat diri, penampilan diri, percakapan, akhlak beserta perbuatan kita dengan merujuk kepada pendapat dan pandangan kawan-kawan, sahabat-sahabat dan sekalipun musuh atau lawan kita...jadi cubalah cari peluang bertanya atau berjumpa dengan org2 diatas untuk membuat sedikit temubual, dimana main pointnya ialah "MY PERSONALITY IN YOUR OVERVIEW"..Banyak pandangan yg akan kita perolehi dan semestinya terbahagi kpd dua...negatif dan positif..memang sakit hati kalo kita dapt lebih byk negatif daripada positif...hm...tp ambil itu sebagai satu peluang untuk kita memperbetulkan kesilapan kita, itu bermakna kita mempunyai ruang untuk improve sikap dan keperibadian kita...

OKlah byk point yg kita bole tanyakan kepada mereka, antaranya berkenaan dengan penampilan diri, tabiat diri, percakapan, akhlak beserta perbuatan, hubungan sosial dengan org luar dan sebagainya...

Cubalah ini dirumah, disekolah dan diuniversiti yer...mesti ia dpt membantu peningkatan kendiri anda!!!!! ALL d BEST!!!!
Author: Cahaya Kelebihan/ Keutamaan
•7:51 PM
Majoriti kita nie belajar based on ape yg kita dpt masa keputusan UPU keluar...sungguh tragis bg mereka yg dapat bidang yg lain dari course yg diminta...dah begitu juga bertuah pd mereka yg dpt course yg diminati...........aku...entahlahcourse ini bukan bidang yg aku minati....dan xterlintas di benak fikiran ini akan terjerumus dalam bidang komputer atau lebih dikenali sebagai IT.....information technology...tp selepas habis belajar.....semua ikut haluan masing2...mencari identiti diri...bg mereka yg tahu asal usul kejadian..pasti ingin mencari kerjaya yg mendtgkan keberkahan dlm hidup...ader yg mencari bidang kerjaya berdasarkan course yg diambil ketika di IPTA atau IPTS, ader yang menerobos ke ape2 sahaja pintu peluang yg ada untuk mecari sebuah perkerjaan....atau ader yang cuba2 mencuba nasib mencari bidang yg diminati sebelum ini....tp yg pasti hidup mesti diteruskan....tp ingatlah sahabatku xkisahlah bidang yg kita amik ni bidang yg diminati ataupun tidak...ilmu perlu dicari dan ditimba sebanyak mungkin...tanamkan dlm diri apa sahaja ilmu yg diperolehi pastikan ia dimanfaatkan...dan ia hanya diniatkan kerana ALLAH...janganlah dikesalkan sama sekali..tuntutlah ilmu sebyk mungkin..gunakanlah masa sebaik mungkin...jgn dilupakan makanan rohani dan spritual....alangkah sedihnya...jika sijil yg nipis itu mengambarkan nipisnya akhlak dan iman kita....
Author: Cahaya Kelebihan/ Keutamaan
•10:53 PM



sistem pertarbiyahan yang lengkap bg mereka yang bergelar student

if u try it...u will know what its so special...