Author: Cahaya Kelebihan/ Keutamaan
•4:27 AM
Menurut Imam Al-Ghazali :


Sifat Takabbur itu akan terzahir pada cara dia memalingkan muka, memandang, mengerling, menundukkan kepala, duduk bersila atau bertekan ke lantai. Dan kelihatan juga pada perkataan, intonasi suara, cara berjalan, berdiri, duduk dan tenangnya.....


Mari kita lihat tanda-tanda takabbur:

(1) Tidak suka berdoa

(2) Mudah terluka dan melukakan hati orang lain

(3) Sukar memberi dan meminta maaf

(4) Memotong cakap orang lain

(5) Gila kuasa dan jawatan

(6) Cara berpakaian dan jalan yang angkuh

(7) Gila Pujian

(8) Bencana yang menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya

(9) Tidak suka berziarah


Marilah kita koreksi diri...adakah kita salah seorang daripada orang-orang yang takabbur tanpa kita sedari...
Author: Cahaya Kelebihan/ Keutamaan
•6:40 AM

Salam Perjuangan yang x berkesudahan...


Sahabat sekalian, tugas seharian sebagai seorg guru semakin terasa walaupun masa untuk sesi pnp tidak banyak...rasa meronta-ronta hati ini untuk memberi pengisian...

oh..murid2 ku perjalanan kau masih jauh, banyak lagi yang engkau belum lihat diluar sana.. bermacam - macam pengaruh dan dugaan yang menanti kau disana...aku belum puas untuk memberitahu kepadamu akan bahaya yang menanti diluar sana...yang bersedia untuk menelan sesiapa yang tidak menyediakan benteng yang teguh...hati mudah goyah, tingkah laku boleh berubah sekelip mata...semuanya tenggelam dengan nikmat keduniaan padahal dunia ini hanya tempat persinggahan...

Ustzh cuba untuk menyakinkan engkau tentang azab dunia..tetapi senda gurau dah gelak tawa yang menghiasi bibirmu bukan keinsafan dan perubahan akhlak yang berlaku...betullah firman allah...hidayah adalah milik allah bukan milik manusia...siapa ustzh untuk memberi hidayah..ustzh hanya memberi peringatan dan kata-kata nasihat supaya terdetik dihatimu walau sesaat untuk kau buka hatimu untuk menilai dan mengukur akhlakmu...biarlah x pandai tp akhlak mesti mahu baik...

sahabat2 sekalian...terasa kerdil diri ini tatkala tiada kau disisi, terkontang-kanting mengumpul segenap tenaga dan perahan ilmu untuk disampaikan kepada adik2 kita...lihatlah tandusnya mereka...gersang seperti gurun...ada antaranya ternanti2 apalah ustzah nak sampaikan hari ini...ada setengah murid mengambil peluang untuk bertanyakan soalan2...

pernah satu sesi pnp, cuba untuk menerangkan tentang keadaan dan situasi di padang mahsyar yang dimana ibu xkenal anak, anak tak kenal ayah..semua nafsi-nafsi...mcm keadaan kita menunggu giliran untuk dihisab, matahari sejengkal, ada yang berpeluh hingga ke lutut, ada hingga ke pinggang, ada yang sampai leher ada yang tergelam dengan air peluhnya sendiri....tp sahabat bila kita bercerita tentang perkara tersebut..tahu x apa jawapannya..."Ustzah pasanglah air cond xdalah panas"..masyaALLAH..tersentak kat hati ini..kelas yang pada mulanya serius menjadi slot lawak antarabangsa..,kadang2 kita nak serius pun boleh tergelak..."betul boleh pasang air cond tp air cond ni mengeluarkan bahang kepanasan yang tinggi bukan sejuk yang selalu kita rasa kat bilik guru... ".

Sahabat belajarlah untuk menerima apa jua pendapat dan luahan kata yang dikeluarkan..janganlah kita jadi beremosi pula bila jawapan yang keluar dari mulut x sama dengan jawapan yang kita nak dengar dan x sama dengan skema yang kita nak...latihlah dirimu untuk tersenyum walaupun jawapan itu menyakitkan lubuk hatimu...kerana mereka masih belajar dan datang dari latar belakang keluarga yang berbeza...tugasmu masih belum selesai selagi kau masih hidup dan bernafas.
Author: Cahaya Kelebihan/ Keutamaan
•8:44 AM
Buka akal untuk berfikir...
"Allah setiap saat 'memanggil-manggil' kita untuk kembali kepada-Nya. Dengan cara apa saja. Dia, dengan kasih sayang-Nya,terkadang membuat suasana kehidupan seorang anak manusia sedemikian rupa dengan musibah, kesusahan dan kesukaran sehingga kalbunya dibuat-Nya 'menoleh' kepada Allah..Tetapi..teramat sedikit orang yang mendengarkan, atau berusaha mendengarkan, panggilan-Nya ini."



Ya Allah...Tunjukkan kami jalan yang lurus..iaitu jalan yang engkau beri nikmat dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat..
Author: Cahaya Kelebihan/ Keutamaan
•6:34 AM
Sedikit Perkongsian...

tempat: baitul qura'tarikh:
8hb 3 2009

Perjalanan untuk mencari ilmu itu dikira sgt mencabar sekali...kenapa? sebab dlm perjalanan untuk ke majlis ilmu itulah datangnya berbagai dugaan untuk menggagalkan misi dan visi perjalanan tersebut...sunggu bertuah orang yang berjaya menempuhnya...alhamdulillah untuk kali ini..perjalananku berhenti jua disini...

Pada slot kali ini, selepas bacaan qasidah dan solawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. bersempena dengan tarikh kelahiran nabi.

Pada kali ini tazkirah disampaikan oleh seorg ulama' dari yaman, sudah pastilah disampaikan dlm bahasa arab.. risau jugak kalo xfhm..tp alhamdulillah..ada penterjemah yang menterjemahkan apa yang disampaikan oleh ulama' tersebut...

Antara isi yang disampaikan adalah merangkumi nikmat kurniaan ALLAH...
Allah berfirman: Bila mana kamu mahu menghitung nikmat ALLAH, maka kamu xmampu untuk menghitungnya....

Maknanya satu nikmat yg diberikan pun, kita xdapat untuk menghitungnya..sebab satu nikmat itu pun x terkira nilainya..contohnya nikmat mata, pendengaran, kesihatan dan sebagainya... Mahukah jika kita ditawarkan penukaran antara sebelah mata kita dengan segunung emas mana satu pilihan kita? mestilah mata kita..mustahil kita akan pilih segunung emas...
Bila mana kita nak bersyukur..perkataan yg pertama yg kita sebut adalah kalimat hamdalah.. iaitu Alhamdulillah..segala puji-pujian bagi ALLAH...kalimat yang kita sebut itu juga adlh satu nikmat kerana dpt mengucapkan syukur untuk semua nikmat yang diberikan..

dikatakan ulama'- jika dtg sesuatu nikmat baru, maka hendaklah kita sujud syukur..ini kerana kita xtahu betapa ia adalah nikmat yang diberikan melainkan apabila ia ditarik balik... contoh nikmat kesihatan...bila dh sakit...barulah terasa hilangnya nikmat..

Nak tahu x apakah nikmat yang paling besar sekali...??? Tentulah nikmat iman dan islam.. dan kita juga patut mensyukuri juga dimana kita ini tergolong antara umat terakhir iaitu umat Nabi Muhammad. s.a.w...satu-satunya umat yang diberikan syafaat oleh nabinya...tidak pada nabi-nabi yang lain...oleh itu selalulah..bersolawat keatas nabi semoga kita tergolong dikalangan umatnya...

Antara doa yang boleh kita boleh amalkan ialah: "Ya ALLAH jadikan aku umat Nabi Muhammad s.a.w ", "Ya ALLAH, jadikan aku seorang muslim yang sebenar-benarnya..." jarangkan kita berdoa seperti itu...jadi bolehlah diamalkan selalu..

Antara lain kenapa kita wajib bersyukur ialah kerana sikit sekali org yang bersyukur iaitu hanya sekelompok kecil sahaja..ramai org yang beribadah tp sikit org yang bersyukur..

Oleh itu mcm mana cara kita nak mensyukuri selain dengan mengucap syukur??iaitu dengan mengerjakan solat witir sebelum tidor dan setiap hari hendaklah membaca al-quran kerana ia adalah mukjizat dan ia juga dikira nikmat oleh ALLAH..selain itu juga hendaklah kita menyakini akan sebab kita dpt nikmat tersebut adalah disebabkan oleh Nabi Muhammad s.a.w...maka dengan itu hendaklah kita bersolawat ke atasnya..supaya kita mendapat syafaat dihari akhirat nanti..

ALLAH maha mengetahui.. (AL -A'LIM)
Author: Cahaya Kelebihan/ Keutamaan
•2:07 AM
"Carilah HatiMu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati, jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru...."
Author: Cahaya Kelebihan/ Keutamaan
•7:43 PM
Author: Cahaya Kelebihan/ Keutamaan
•4:46 PM
Satu pengalaman yg sukar untuk diluputkan dari kotak ingatan...

Apa yg penting untuk naik gunung...??? mestilah stamina dan persedian yg lengkap sebelum naik ke atas...tp itulah masalah utama..org yg hendak naik xtahu dia kene naik gunung jadi confirmlah....stamina badan kureng...dan persediaan yg x lengkap....

menangislah...anak siapalah yg naik gunung tanpa persediaan tue>>> huhu...ada org bgtahu sebelum naik gunung...2 mggu sebelum tue kene practise joging 2km sehari.. tp ada x sahabat yg buat...confirm hanya org yg alert sahaja yg buat...pasal persediaan pulak...xtahu pulak sebelum naik gunung kene isi perut dengan makanan yg berat... contoh nasi lemak ke..atau apa-apalah yg berat tp kesilapan yg pertama ialah diorg hanya makan roti kering dan jem..dan hanya berbekalkan roti kering, biskut dan air..diorg naik atas...ish2 mcm manalah x lemah..mcm org kebuluran semuanya...untuk sampai ke puncak gunung terdapat 8 check point utama yg perlu dilalui..namanya pelik2..bukit semput, mount trail, batu orkid, sungai segitiga, gua kambing, taman bongsai, bukit botak then sampai puncak....sebelum naik jangan lupa sesi warming up..
takut kaki krem..

untuk sampai ke checkpoint pertama merupakan langkah -langkah permulaan yg byk perhentian dan mmg tercungap2...belum apa2 dah meneguk air..huh..mcm ni rupanya naik gunung..maklumlah...xpernah naik...tanah dia bukan rata tp menaik...cengkaman kaki mesti kuat.. tangan pulak x lepas dari memegang batang-batang pokok yg ada... SUBHANALLAH..sungguh hebat ciptaanMU...kerdilnya diri ini jika nak dibandingkan dengan sebuah gunung....teringat hamba pd satu ayatMU.dimana sekiranya kami turunkan AL-Quran ini kepada sebuah gunung..pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takutnya padaMu Ya ALLAH... inikan pula kami...manusia-manusia kerdil yg lemah..
ok sambg balik..
tempoh perjalanan nak naik mmg mengambil masa yg lama...start dr pukul 7.00pg then sampai puncak pukul 6.00 ptg... hampir sebelas jam perjalanan...xpasti pulak berapa km kalau berjalan kaki.. tp banyak pengajaran yg dpt dikongsi..solat jangan tinggal sebab ia adalah sumber pergantungan kita..team work juga penting..jangan sesekali tinggalkn kwn kat belakang, guide juga perlu ada untuk langkah keselamatan....banyak perhentian yg dilalui dengan hati yg berdebar2 kerana x dapat hendak mengagak apakah yg berada dihadapan nanti...cabaran yg paling getir adalah ketika di check point gua kambing...kerana perjalanan yg seterusnya adalah bergantung kepada tali dan tangga disamping batu-batu yg licin disepanjang perjalanan... memori yg mencemaskan ketika naik batu hampar...xpasti pulak ketinggiannya berapa kaki...tapi...mmg boleh buat putus nafas....jd berhati2 tersilap langkah boleh terjatuh ke dalam curam....x dpt nak dibayangkan....habis batu hampar..kami dpt lihat pemandangan yg sungguh indah dimana checkpoint yg seterusnya adalah taman bonsai....tp mmg betul..kat atas ada satu pokok bonsai yg besar dan sangat2 cantik....kalo xpercaya...bole panjat gunung ledang lepas nie...
selepas checkpoint yg ketujuh, jalan-jalan yg dilalui semakin mudah dan mendatar....alhamdulillah....nampak mcm dh nak sampai... jalan -jalan dipenuhi pokok2 renek da lumut..kalo belajar geografi...mest dia bgtahu kawasan tersebut selalunya sudah hampir ke puncak....PUNCAK GUNUNG...

saat -saat sampai ke puncak bermain di tubir mata... mcm manalah rupanya puncak gunung tue sebenarnya??? suspens2 rupa-rupanya..puncak tue xlah besar sgt keluasannya..tp still tempat yg paling atas...wah... sahabat2 kita adalah pendaki2 yg berhemah.....akhirnya sampai jua
ke puncak...puncak kemenangan n glory...bravo...sahabat2 kita berada di puncak GUNUNG
LEDANG!!!!!!!.....xder lah jerit hanya jerit dlm hati aje...bestnyer..xboleh nak cerita... hanya org2 yg pegi sahaja yg dapat menghayati dan merasai perasaan ini...suhu di atas gunung adalah rendah...jd cuacanya sejuk... disini kami menyanyikan lagu NegaraKU dan doa wehdah...disamping itu juga kami mengisi perut...selepas lebih kurang 30 minit kemudian baru kami plan turun ke bawah semula.....ketika itu hujan renyai mula kelihatan!!!!!! jeng222

saat turun gunung adalah perkara yg senantiasa berlegar2 di ingatan ketika naik...mcm
manalah nak turun nanti yer....pukul berapa agaknya nak sampai bwh nie...??? takkan nak lalu jalan pergi td...takutnya...dahlah byk tangga, gua, batu besar, akar pokok dan lagi satu ngerinya batu hampar.....aaa.....takutnya...boleh nampak ke??? kan dh nak malam nie..tambahan pula hujan dah turun renyai2....ketika inilah....touch light memainkan peranan yg penting....ah.sudah touch light pulak x semua org yg bawak...ah..redah ajelah...berbekalkan touch yg ada..semua jalan bercouple...tp itulah...dalam hutan mmg gelap gelita..bulan dan bintang x keluar maklumlah hujan semakin lebat turun ke bumi...spt menyimbah2 ke arah kami...ya ALLAH...ujian engkaukah ini....perjalanan semakin menyukarkan dan menyesakkan...setiap langkah spt dikerahkan oleh otak dan jasad hanya berjalan mengikut perintah....ya ALLAH...selamatkanlah kami!!! hujan yg semakin lebat semakin melambatkan perjalanan kami untuk turun ke bwh..terasa muatan dibahu dan kaki semakin berat...byk lecak - lecak terpaksa dilalui...x lupa juga batang2 pokok besar menghalang jalan...nak x nak kene panjat...malam semakin larut dengan hanya bergantungkan pd batang pokok dan akar untuk menyokong tubuh daripada terjatuh atau tersungkur mmg sgt membantu...lampu touch light semakin malap....bateri semakin kurang..perjalanan masih jauh...ya ALLAH...berikanlah kami ketenangan dan kesabaran dalam perjalanan ini...perjalanan diteruskan berbekalkan semangat dari sahabat
seperjuangan....sungguh bermakna dan berertinya engkau pd ketika ini...tangan dihulurkan
untk memberikan pertolongan ketika terjatuh...tidak akan ku lupa saat itu...

akhirnya....kesabaran kami menghasilkan buah yg cukup manis...ketika sampai ke tangga2 kemenangan...senyum terukir dibibir.....kita dh nak sampai....ada 600 langkah lg untuk sampai ke bawah bersamaan dengan 600 langkah tangga untuk sampai ke bawah.... Ya ALLAH...sudah sampaikah kami???? ALHAMDULILLAH....ALLAHUAKBAR!!!! sahabat kita dah sampai...dengarkah engkau???? kita dah sampai....titisan airmata membasahi pipi..syukur.. perjalanan untuk turun kebawah adalah mengambil masa hampir 9 jam perjalanan...6.30ptg
hgga 3.30pg...waktu yg sesuai untukbermunajat kepadaMU ya ALLAH...syukur...semoga engkau memberkati perjalanan kami....
ok...cerita dh habis... ok!!!yg best dari sesi naik gunung nie..kita dpt kenal sahabat2 kita secara close lagi...untuk shbt2 naik gunung....billion atau infiniti terima kaseh kerana kalian sahabat2 yg best dunia dan akhirat...dan jutaan maaf kiranya ada tingkah laku yg x sedap mata memandang dan tutur bicara yang mengguris rasa...kenangan kita x mungkin terpadam begitu shj...bahkan akan menjadi sebutan dan topik bicara kita di kemudian hari nanti....TAKBIR...

SELAMAT BERJUANG SAHABATKU.... PERJUANGAN KITA TIDAK AKAN BERNOKTAH... SEHINGGA HARI KIAMAT..