Author: Cahaya Kelebihan/ Keutamaan
•6:34 AM
Sedikit Perkongsian...

tempat: baitul qura'tarikh:
8hb 3 2009

Perjalanan untuk mencari ilmu itu dikira sgt mencabar sekali...kenapa? sebab dlm perjalanan untuk ke majlis ilmu itulah datangnya berbagai dugaan untuk menggagalkan misi dan visi perjalanan tersebut...sunggu bertuah orang yang berjaya menempuhnya...alhamdulillah untuk kali ini..perjalananku berhenti jua disini...

Pada slot kali ini, selepas bacaan qasidah dan solawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. bersempena dengan tarikh kelahiran nabi.

Pada kali ini tazkirah disampaikan oleh seorg ulama' dari yaman, sudah pastilah disampaikan dlm bahasa arab.. risau jugak kalo xfhm..tp alhamdulillah..ada penterjemah yang menterjemahkan apa yang disampaikan oleh ulama' tersebut...

Antara isi yang disampaikan adalah merangkumi nikmat kurniaan ALLAH...
Allah berfirman: Bila mana kamu mahu menghitung nikmat ALLAH, maka kamu xmampu untuk menghitungnya....

Maknanya satu nikmat yg diberikan pun, kita xdapat untuk menghitungnya..sebab satu nikmat itu pun x terkira nilainya..contohnya nikmat mata, pendengaran, kesihatan dan sebagainya... Mahukah jika kita ditawarkan penukaran antara sebelah mata kita dengan segunung emas mana satu pilihan kita? mestilah mata kita..mustahil kita akan pilih segunung emas...
Bila mana kita nak bersyukur..perkataan yg pertama yg kita sebut adalah kalimat hamdalah.. iaitu Alhamdulillah..segala puji-pujian bagi ALLAH...kalimat yang kita sebut itu juga adlh satu nikmat kerana dpt mengucapkan syukur untuk semua nikmat yang diberikan..

dikatakan ulama'- jika dtg sesuatu nikmat baru, maka hendaklah kita sujud syukur..ini kerana kita xtahu betapa ia adalah nikmat yang diberikan melainkan apabila ia ditarik balik... contoh nikmat kesihatan...bila dh sakit...barulah terasa hilangnya nikmat..

Nak tahu x apakah nikmat yang paling besar sekali...??? Tentulah nikmat iman dan islam.. dan kita juga patut mensyukuri juga dimana kita ini tergolong antara umat terakhir iaitu umat Nabi Muhammad. s.a.w...satu-satunya umat yang diberikan syafaat oleh nabinya...tidak pada nabi-nabi yang lain...oleh itu selalulah..bersolawat keatas nabi semoga kita tergolong dikalangan umatnya...

Antara doa yang boleh kita boleh amalkan ialah: "Ya ALLAH jadikan aku umat Nabi Muhammad s.a.w ", "Ya ALLAH, jadikan aku seorang muslim yang sebenar-benarnya..." jarangkan kita berdoa seperti itu...jadi bolehlah diamalkan selalu..

Antara lain kenapa kita wajib bersyukur ialah kerana sikit sekali org yang bersyukur iaitu hanya sekelompok kecil sahaja..ramai org yang beribadah tp sikit org yang bersyukur..

Oleh itu mcm mana cara kita nak mensyukuri selain dengan mengucap syukur??iaitu dengan mengerjakan solat witir sebelum tidor dan setiap hari hendaklah membaca al-quran kerana ia adalah mukjizat dan ia juga dikira nikmat oleh ALLAH..selain itu juga hendaklah kita menyakini akan sebab kita dpt nikmat tersebut adalah disebabkan oleh Nabi Muhammad s.a.w...maka dengan itu hendaklah kita bersolawat ke atasnya..supaya kita mendapat syafaat dihari akhirat nanti..

ALLAH maha mengetahui.. (AL -A'LIM)