Author: Cahaya Kelebihan/ Keutamaan
•7:20 PM
"Minta Fatwa Hati" bermaksud bertanya dan mengambil ketetapan sikap dalam sesuatu perkara yang tidak tentu dan tidak terang hukumnya atau dl perkara2 syubhat iaitu yg masih ragu2 halal haramnya...Kerana hati seseorg dalam menghadapi perkara ini menurut kebiasaannya adalah merasa puas dan tenteram kiranya perkara itu baik, tiada dosa..sebaliknya ia ragu dan gelisah jika perkara ini tidak baik atau dosa atau samar2 hukumnya... "Dosa itu mengoncangkan hati"...jadi hati adalah pedoman dan pengukur bagi menentukan sesuatu perkara yang dihadapi oleh seseorg..kerana ia dapat memberi isyarat atau petunjuk yg baik dan yang tidak baik dpt ditolak sekalipun ada fatwa org lain yg bertentangan dengannya...dari Hadis Sahih

Maka...cuba..
"Letakkanlah tangan engkau ke atas hati engkau..(Bagaimanakah keadaan perasaannya)"..kerana hati akan tenang kepada perkara yg halal dan tidak senang dengan perkara yg haram... Jadi sahabat2 ku sekalian....jika hendak melakukan sesuatu atau membuat sesuatu keputusan jadikan hati sebagai panduan...jika rasakan ketenteraman dan ketenangan maka kerjakanlah...jika tidak...tidak usahlah...

Menurut Riwayat Syarah al-Arba' al-Nawawiyyah..bahawa Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anak dengan beberapa wasiat. Diantaranya ia berpesan bahawa:

1. Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu memakan buah kayu, hatiku telah bergoncang dan gelisah.

2. Jika kamu hendak melakukan sesuatu hendaklah kamu lihat kesudahannya,kerana kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahannya dan akibat makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.

3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan org2 tertentu.. kerana kalau dulu aku berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku jangan makan buah terlarang itu...
|
This entry was posted on 7:20 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: